Monday, January 19, 2009

LANTERA TIMUR-SITI NURHALIZA

Legasi album Siti Nurhaliza dituruskan lagi dengan kehadiran album barunya yang berjudul Lantera Timur. Sebelum ni aku tak berapa tahu sangat tentang perkembangan baru Siti melainkan album terakhirnya yang berada dalam koleksi aku, Transkripsi Seni. Aku bukanlah fan Siti tetapi mengagumi talent beliau yang boleh menyanyi dengan begitu baik. Album Lantera Timur yang berkonsepkan etnik, world music kontemporari ini menyaksikan Siti berkolaborasi dengan pelbagai composer hebat seperti M Nasir, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, Khairil Johari Johar, dan termasuk Pak Ngah, individu yang berjaya membawa beliau terkenal dengan Cindai, Hati Kama, Badarsila mahupun Ya Maulai.. Aku dengar album ini secara online dan inilah komen aku tetang Lantera Timur:




Di Kayangan Kita
Start dengan string gambus, lagu ini dijadikan single yang dijual ke stesen radio diperkaya dengan elemen Arab tetapi composer bijak mengekspolitasi string2 lain menjadikan lagu ini seolah2 berjaya lari dari sinonim tipikal.

Bintang Malam
Mula2 je dah dengar ceria. Macam ada unsur Chinese strings dalam lagu ni. Vocal Siti terkawal walaupun lagu ini sangat rendah not nya.

Cinta Ini
Lagu ciptaan Katon Bagaskara ini sangat lari dari kebiasaan lagu etnik. Sangat fresh dengan elemen seruling, tambourine dan strings. Composer seolah2 menyuntik sedikit elemen pop menjadikan lagu ini antara lagu favret aku dalam album ini.

Ada Masa Mata
Elemen Thai dalam lagu ini sangat ketara ketika permulaanya. Ciptaan M Nasir sangat magis untuk lagu ini. Lagu ini juga sangat mencabar vocal Siti kerana terpaksa bermain2 dengan not tinggi rendah dan beliau berjaya melakukannya.

Bulan Yang Mesra
Wah..ada lagi lagu macam ni, bisik hati aku lah. Kedengaran agak old school dengan rentak seperti bersenandung dan sesuai didengar sewaktu berangan2 nak tidur.hahah…Usaha yang bagus dari Siti kerana tidak mengabaikan lagu2 slow seperti ini.
Seloka Budi.Dengar macam permulaan iklan Merdeka!. Sangar catchy tetapi tipikal sangat. Macam pernah dengar dalam album Sanggar Mustika?. Bridge lagu sangat menyelamatkan lagu ini.

Rasa Antara Kita
Seperti menyuntik elemen keroncong, Siti berjaya mengeksplorasi satu lagi genre yang semakin dipinggirkan. Sedikit unsur joget juga ada diletakkan dalam lagu ini. Sesuai ditujukan kepada pasangan lelaki dan wanita yang bergelar sahabat, saling jatuh cinta. Cinta yang universal.

Senyum Minang Manis
Sangat kreatif. Elemen disko pada permualaan dan pop yang berjaya diadaptasi dalam lagu ini berjaya membuatkan album ini sukses dari tipikal etnik Melayu. Upbeat dan catchy.

Joget Menanti Kasih
Satu lagi rentak lagu yang semakin dipinggirkan seperti track Bulan Yang Mesra. Track joget ini sesuai didendangkan sewaktu majlis perkahwinan dan tidak terlalu bosan untuk diulang dengar. Lirik yang mudah difahami dan lantunan vocal Siti yang merdu, seperti ketika beliau menyayi untuk lagu Joget Pahang, untuk album Cindai.

Jelmakanlah Ayumu
Lagu ciptaan Pak Ngah ini sangat..sangatlah kreatif. Jangan ingat Pak Ngah sudah hilang taringnya!. Melalui lagu ini, Pak Ngah berjaya menyuntik elemen jazz dan pop. Sangat kreatif seperti Siti sedang perform untuk filem muzikal!.

Di Taman Teman
Seperti pemulaan track Di Kayangan Kita, track ini juga dipermulakan dengan unsur Arab. Tetapi di pertengahan lagu ini, elemen pop disuntik dan lagu ini berubah menjadi upbeat dan rancak. Tapi liriknya macam pernah dengarlah…But overall, Di Taman Teman sangat berjaya melalui eksperimentasi ini.

Overall, album Lantera Timur, Siti Nurhaliza sangat menunjukkan kematangan seiringan usia beliau melalui perjuangan seni. Tidak keterlaluan untuk aku katakana yang beliau mungkin akan berjaya menang album terbaik untuk musim Anugerah Industri Muzik musim akan datang. Aku bukan cakap pasal aku ni minat dia kea pa, tetapi kalau korang dengar sendiri Lantera Timur, korang boleh rumuskan apa yang aku cakap ni. Till then, goodbye!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR